skdj-pss.zoom-a.com
Laman Peribadi
pss

E-mel : skdj-pss@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA PSS | PROFIL SEKOLAH | SEJARAH SEKOLAH | MAKLUMAT PSS | KEJAYAAN PSS | PSSKU | AKTIVITI | KATA HIKMAT | PAUTAN | BUKU PELAWAT |


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Desa Jaya merupakan sebuah sekolah yang telah dibuka pada 1 Jun 2003 dengan keluasan tanah 10 ekar .  Sekolah ini terdapat tiga blok bangunan yang dibekalkan dengan pelbagai kemudahan . Pada awal pembukaan , sekolah ini telah diterajui oleh En. Kamaruddin b. Hamid selaku Guru Penolong Kanan 1

( Kurikulum ) memangku jawatan Guru Besar pada masa itu bersama – sama dengan 11 orang guru yang datang dari kawasan Jengka . Antaranya ialah :

1. En. Dzahaimi b. Mamud  ( GPK Ko Kurikulum )

2. Pn. Maimunah bt. Aripin ( GPK HEM )

3. Pn. Mas Kelesom bt. Sidek ( Guru PA )

4. Pn. Rozilah bt. Malek ( Guru PA )

5. En. Noor Apendy b. Othman  ( Guru PI )

 6. Pn. Zainubi bt. Uzir ( Guru PI )

7. En. Norhisyam b. Ariffin ( Guru PM )

8. En. Lamaluddin b. Isa ( Guru PM )

9. Pn. Rosmaizan bt. Othman ( Guru PM )

10. Pn. Norlela bt. Mohamad ( Guru PM )

11. Pn. Erawati bt. Wook ( Guru SN )

 

 Sepanjang tahun 2003 hingga 2006 , Guru Besar yang berkhidmat di sekolah ini adalah seramai tiga orang iaitu Pn. Hajjah Habibah bt. Abdul Majid . Beliau melaporkan diri pada 1 November 2003 . Selepas itu , Pn. Hajjah Ranjani bt. Abd. Karim . Mula berkhidmat pada 1 Mei 2004 . Seterusnya , En. Abu Hasan b. Kassan telah melaporkan diri ke sekolah ini pada 16 Januari 2005 . Beliau telah berkhidmat di sekolah ini hingga kini .

 

 Bilangan murid pada tahun pembukaannya adalah seramai 232 orang iaitu murid – murid yang bersekolah di SK. Jengka Pusat 2 telah dipindahkan ke sini . Hingga Januari 2008 , jumlah muridnya telah bertambah menjadikan jumlahnya seramai 414 orang . Staf sokongannya seramai 2 orang dan pekerja – pekerja swasta seramai enam orang .

 

 

Pada peringkat awal pembukaan Sekolah Kebangsaan Desa Jaya, semua bilik khas telah disediakan lengkap dengan perabot yang secukupnya . Begitu juga dengan Pusat Sumber Sekolah

( PSS ) yang berada pada Aras 2 Bangunan A yang menempatkan juga pejabat , bilik guru , makmal ICT dan bilik Bimbingan dan Kaunseling . Antara kelengkapan yang disediakan di PSS ialah :

 

1. Rak Buku .

2. Meja dan Kerusi .

3. Sette .

4. Kaunter Pinjaman .

5. Televisyen 38 inci – sebuah .

6. Radio – 7 buah .

7. VCD – sebuah .

8. Alat Penghawa Dingin .

9. Rak Suratkhabar .

 

SEJARAH PENUBUHAN PSS


Pada peringkat permulaannya , gotong – royong telah

diadakan bersama – sama para ibu / bapa dan penjaga untuk mengangkat dan menyusun atur peralatan dan perabot ke PSS . Apabila semuanya telah siap , PSS diberikan nama “ PSS IBNU SINA ” sesuai dengan dunia keilmuannya . Sebulan selepas pembukaannya , PSS telah menerima bekalan buku – buku daripada Kerajaan dengan jumlah RM 22 , 000 ( lebih kurang 2000 buah buku Fiksyen dan Bukan Fiksyen ) .

 Guru Perpustakaan & Media yang pertama ialah Pn. Rozilah bt. Malek . Beliau menyandang jawatan itu hingga November 2006 . Pada Januari 2007 , Pn. Rosmani bt. Mohd Nawi telah dilantik sebagai Guru Perpustakaan & Media yang baru . Beliau berkhidmat hingga kini .

 

 Pengawas Pusat Sumber yang telah dilantik adalah seramai 26 orang bagi membantu menguruskan “ Proses Teknik ” iaitu stok buku , melabel , mengkelaskannya dan menyusun buku – buku tersebut di rak yang telah ditentukan untuk dipinjam dan dibaca oleh warga sekolah . Semua kerja pemprosesan ini memakan masa selama eman bulan . Perpustakaan beroperasi sepenuhnya pada Jun 2004 . Bilik Audio Visual pula , mula beroperasi pada bulan Julai 2003 , di mana CD yang boleh digunakan kerana ASTRO belum dipasang .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: